Tuesday, August 25, 2020

Essay --

Hadirin yang dihormati sekalian, Adakah anda masih ingat kepada pesan ibu dan bapa yang selalu mengingatkan bahawa rajinlah belajar agar jalan kehidupan tersedia luas terbentang untukmu? Ingatkah kita kepada customized structure individualized structure Plato dan Confucius berbunyi â€Å"tuntutlah ilmu hingga ke negeri China†. Mengapa hadirin, sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini dan di setiap pelosok dunia sama ada di Eropah, Afrika mahupun Asia, pandangan terhadap pendidikan ialah sama iaitu pendidikan merupakan asas perkembangan umat manusia. Tetapi mengapa pendidikan menjadi begitu penting kepada kita? Hadirin yang saya muliakan sekalian, pendidikan dapat melatih minda manusia untuk berfikir dengan lebih luas dan rasional. Melalui pendidikan, pengetahuan maklumat dapat diluaskan dan digunakan untuk kebaikan bersama. Sebagaimana yang diungkapkan Daoed Joesoef (1986) tentang pentingnya suatu pendidikan yang mana beliau menyatakan bahawa Pendidikan merupakan segala bidang penghidupan, dalam memilih dan membina hidup yang baik, yang sesuai dengan martabat manusia dan sudah tentulah daripada pernyataan tersebut kita dapat menyimpulkan bahawa mempunyai pendidikan pada masa sekarang merupakan hal yang sangat penting kerana jika kita tidak mempunyai pendidikan kita tidak akan kemana-mana. Tanpa pendidikan dan tanpa kemahiran membaca, capaian pelbagai akses terhadap pelbagai bentuk pengetahuan seperti buku, web atau media lainnya sama sekali tidak memungkinkan kita untuk melangkah maju ke hadapan. Pendidikan merupakan tunjang uta ma kepada pembentukan modular insan yang akan membantu kepada pembangunan negara. Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia agar masa depan seseorang tersebut terjamin dan kualiti kehidupannya terpelih... .... Kesimpulannya, corak pendidikan yang diaplikasikan di Malaysia adalah lebih menyeluruh kerana ia merangkumi aspek fizikal dan rohani. Pendidikan di Malaysia bukan sahaja ingin membentuk pelajarnya yang aktif dan cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum malah ia juga memberi fokus kepada kelengkapan rohani dan moral agar pelajar yang dilahirkan sempurna dari segala segi. Maka dengan itu hadirin, saya sekali lagi menegaskan, pendidikan ini bukan sahaja penting untuk mengembangkan minda dan bakat manusia, malah ia juga penting untuk memacu legasi pembangunan negara. Ini adalah kerana pendidikan merupakan nadi kepada pencetus kegemilangan dan martabat sesebuah negara tersebut. Oleh itu, penting sekali untuk kita sebagai rakyat Malaysia dalam melancarkan aspirasi negara iaitu mencapai kecemerlangan dalam pendidikan untuk menaikkan nama negara di persada antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.